Friday, November 29, 2013

Dua Harga dalam Satu Benda

Soal:
Mohon pencerahannya, sebenarnya apakah hukumnya membeli barang di kedai yang menjual barang dengan dua harga yang berbeza, Jika tunai (cash) harganya sekian dan jika kredit (hutang) harganya sekian (lebih mahal) ?

Selama ini saya diberi penjelasan bahawa jual-beli seperti itu hukumnya adalah haram, termasuk riba. Malah, katanya lagi sebenarnya kita tidak boleh membeli di kedai tersebut, hanya sahaja kerana keadaan darurat (terpaksa), maka kita dibolehkan itupun dengan syarat bahawa niat datang ke kedai itu adalah membeli sesuai kemampuan kita. Kalau mampu kontan langsung saja menyatakan beli kontan. Atau sebaliknya kalau mampunya adalah dengan cara kredit, maka langsung sahaja menyatakan membeli dengan cara kredit, tak perlu tanya, kalau tunai berapa harganya? Sebab kalau itu kita lakukan bererti kita terlibat perbuatan riba, betulkah demikian?

Jawab:
Hadits yang biasa dijadikan sandaran atas penjelasan larangan beda harga (antara kontan dengan kredit) tersebut adalah;

«مَنْ بَاعَ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ، فَلَهُ أَوْكَسُهُمَا أَوِ الرِّبَا». رواه أبو داود: ٣٤٦١
Dari Abi Hurairah dia berkata, Nabi s.a.w bersabda: Barang siapa yang menjual dua jual-beli di dalam satu jual beli maka baginya harga yang termurah atau riba.”HR. Abu Dawud: 3461

Hadits tersebut diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., dengan status hasanNamun, hadits tersebut tidak sebagaimana yang dimaksud oleh orang yang memberi penjelasan mengenai larangan beza harga tersebut.

Orang tersebut mungkin keliru dalam memahami erti sabda Nabi Saw “Bai’ataini fii bai’atin” yang sebenarnya adalah; Dua jual-beli di dalam satu jual-beli” dia artikan; “Dua harga di dalam satu jual beli”. 

Jumhur ulama sepakat bahwa menjual barang dengan membezakan antara harga tunai dengan harga kredit itu hukumnya mubah atau sah atau halal, atas beberapa sebab, antara lain adalah;
  1. Keumuman dalil ayat-ayat al-Qur’an dan hadits yang mengharuskan  jual-beli, termasuk dengan cara kredit (hutang). Rasulullah s.a.w sendiri pernah berhutang, sama ada kepada orang Islam (sahabat) ataupun kepada non muslim (orang Yahudi).
  2. Keharusan jual beli-baik dengan cara kredit maupun hutang tersebut tidak disertai syarat “dilarang menjual dengan dua harga yang berbeza”.

Adapun yang dimaksud dengan larangan “dua jual beli di dalam satu jual beli” adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh syaikh Ibnu al-Qayyim di dalam hasiyyah syarah ‘Aunu al-Ma’bud: “Adapun dua jual-beli di dalam satu jual beli, zahirnya adalah ketika seseorang menjual dagangannya dengan cara kredit satu bulan, kemudian (setelah barang berada di tangan si pembeli) oleh si penjual barang tersebut dibeli kembali dengan harga lebih murah.” Jual beli seperti ini disebut al-‘Inah yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya.

Wallahu A’lam.




[1] HR. Abu Dawud (Kitab al-Buyu’) : 3461, Syaikh Albani : Hasan.

No comments:

Wasatiyyah Concept

Wasatiyyah is a moderate concept in Islamic practice. The word wasatiyyah is derived from the word wasatan (وسطا) found in the Qur'an...